Sempena lawatan sambil belajar kanak-kanak Tabika Kemas Felcra Rompin ke Aquaria KLCC, Tugu Negara dan Pusat Sains Negara. Dalam rombongan ini disertai oleh 20 orang kanak-kanak Tabika ,13 ibubapa dan 8 orang Ahli Jawatankuasa yang terlibat.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada anak-kanak untuk melihat dan memberi pembelajaran melalui penglihatan,pengamatan dan pengalaman.
SESI BERGAMBAR DI TUGU NEGARA |
Sementara di Pusat Sains Negara kanak-kanak begitu gembira dan turut menyertai acara yang disediakan khas untuk kanak-kanak.
Sebahagian Acara Yang Di Sediakan |
Kanak-kanak begitu teruja sekali apabila sampai di Aquaria KLCC dimana mereka akan dapat melihat kehidupan di Air secara lebih dekat lagi.
SESI BERGAMBAR DI AQUARIA KLCC |