Pages

Monday, November 15, 2010

PESTA DODOL

Tabika Felcra Rompin mengambil langkah yang proaktif dengan mengadakan program yang dinamakan Pesta Dodol yang bertujuan untuk mempertahankan martabat makanan Tradisional. Disamping itu juga bagi memperkenalkan makanan Tradisonal ini kepada generasi muda serta cara-cara membuatnya.
Bergotong-royong
Di Samping itu juga dapat mengeratkan lagi perpaduan umah dikalangan Ibubapa dengan Ahli Jawatankuasa Tabika Felcra Rompin. Program ini mendapat sambutan yang menggalakan dari ibubapa dan isyallah jika ada rezeki tahun hadapan Tabika ini akan melaksanakan lagi program seumpana ini.

AJK Tabika Bersama Ibubapa
Di samping itu juga Ahli Jawatankuasa Tabika telah bersetuju menyediakan ketupat dan rendang ayam sebagai juadah makan malam semua ini dilakukan secara gotong-royong.
 
Ajk Yang Dipertanggungjawapkan Menganyam/Merebus Ketupat
Oleh kerana program ini merupakan program yang julong-julong kali diadakan oleh Tabika Kemas di dalam Daerah jempol telah menarik perhatian berapa orang Pegawai Perhubungan DUN Jeram Padang iaitu ( Puan Norzila Binti Basiran) dan Pegawai Pra Sekolah (Puan Nora Asmah Binti ismail) untuk turut hadir di Program ini. 
 
Di samping itu satu program telah disusun iaitu pertandingan Karaoke khas untuk AJK Tabika dan terbuka kepada semua penduduk Felcra Rompin yang akan diadakan pada sebelah malam.
En.Nyalas Mendendangkan Beberapa Lagu
Pada jamuan yang diadakan pada sebelah malam Cikgu Haryani Johari turut mendendangkan beberapa buah lagu
Bakat Terpendam
Di akhir majlis Cikgu Haryani Binti Johari menyampaikan bungkusan berupa dodol kepada en. Mohd Rais dan para hadir pada malam tersebut. 
Menyampaikan Dodol Kepada En. Mohd Rais (Nazir Masjid Felcra)
Harapan Guru Tabika (Haryani Bt Johari)  program seumpama ini dapat akan diteruskan pada tahun hadapan. Dan di kesempantan ini beliau ingin mengucapkan terima kasih akepada semua AJK Tabika atas sokongan yang padu terhadap program yang telah dilaksanakan dan akhir sekali beliau mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha sekian terima kasih.

Thursday, November 11, 2010

HARI KONVOKESYEN TABIKA KEMAS FELCRA

Pada Majlis Konvokesyen kanak-kanak Tabika Kemas Kampung Felcra Rompin turut dihadiri oleh tetamu khas yang sempat hadir ialah :- Ketua Kampung Felcra Rompin, Pengerusi KRT, Penyelia Kanan Kemas Daerah Jempol, Pengawai Perhubungan DUN Jeram Padang, Pemaju Masyarakat Tabika Kemas,Pengerusi Tabika KEMAS Kg. Sri Rompin, Pegawai JASA dan Wakil daripada Bank Rakyat Cawangan Bahau serta AJK Tabika dan penduduk kampung Felcra Rompin.
YB.DATO V.S MOGAN MENYAMPAIKAN UCAPAN

 PARA TETAMU 
Majlis Perasmian konvokesyen ini telah disempurnakan oleh YB.Dato V.S Mogan ADUN Jeram Padang dan di dalam ucapan beliau merasa bangga dengan pencapaian dikalangan murid Tabika ini kerana banyak aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pada tahun ini.

SEKSA SEHARI DI TABIKA
PERSEMBAHAN TARIAN PAYUNG
PERSEMBAHAN GERAK IRAMA
Acara yang diadakan pada majlis ini ialah Sektsa,Gerak Irama dan Tarian Payung. Ramai para hadirin terpegun melihat persembahan ini terutama tarian payung kerana ramai ibubapa dan tetamu tidak menjangkan bahawa kanak-kanak ini boleh membuat persembahan yang begitu menarik sekali. 
Pada majlis ini beberapa Anugerah yang telah di teliti dan diperhalusi bagi memilih pemenang anugerah mengikut tahap pembelanjaran kanak-kanak dari umur 4 hingga 6 tahun.
ANUGERAH KATEGORI KREATIVITI
ANUGERAH KEDATANGAN PENUH

Anugerah seterusnya adalah penyampaian anugerah kepada anak serta ibubapa.Di mana idea ini tercetus daripada Cikgu Haryani dimana beliau telah terfikir bahawa kecemerlangan kanak-kanak bukan terletak di tangan guru sahaja tetapi ibubapa juga memain peranan ketika dirumah.Oleh demikian satu kejutan dimana ibubapa juga akan menerima Sijil Penghargaan dan Hadiah kepada ibubapa yang anak mereka terpilih menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Mengikut Kategori.
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KATEGORI MATEMATIK

IBU TURUT MENERIMA PENGHARGAAN
AYU ANNE SAFICA PELAJAR CEMERLANG KESELURUHAN BAGI TAHUN 2010





En.Arman Bin Noor selaku pengerusi Tabika Felcra Rompin menyampaikan cenderahati kepada YB. Dato V.S Mogan kerana sudi hadir dan juga sumbangan dan sokongan yang telah diberikan selama ini.
TERIMA KASIH DAUN KELADI KALAU ADA PERUNTUKAN HULURLAH LAGI

SEKIAN. TERIMA KASIH



Monday, September 13, 2010

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT

Sempena menyambut bulan Ramadhan yang tidak lama lagi Tabika ini mengambil peluang yang ada dengan mengadakan majlis bacaan yassin dan jua doa selamat.
Majlis ini juga melibatkan Ibubapa,Ajk Tabika dan Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung Felcra Rompin.
BACAAN YASSIN

KAUM IBU PUN TURUT SERTA

OCS BALAI POLIS PUN TURUT HADIR .... TERIMA KASIH SUDI HADIR
Tambah Jangan Tak Tambah.... Nasi







































Wednesday, June 30, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Sempena lawatan sambil belajar kanak-kanak Tabika Kemas Felcra Rompin ke Aquaria KLCC, Tugu Negara dan Pusat Sains Negara. Dalam rombongan ini disertai oleh 20 orang kanak-kanak Tabika ,13 ibubapa dan 8 orang Ahli Jawatankuasa yang terlibat.
Sesi Taklimat Di Sampaikan Oleh Pn. Haryani Johari ( Guru Tabika )
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada anak-kanak untuk melihat dan memberi pembelajaran melalui penglihatan,pengamatan dan pengalaman.
SESI BERGAMBAR DI TUGU NEGARA


Sementara di Pusat Sains Negara kanak-kanak begitu gembira dan turut menyertai acara yang disediakan khas untuk kanak-kanak.

Sebahagian Acara Yang Di Sediakan
Kanak-kanak begitu teruja sekali apabila sampai di Aquaria KLCC dimana mereka akan dapat melihat kehidupan di Air secara lebih dekat lagi.

SESI BERGAMBAR DI AQUARIA KLCC

Saturday, May 15, 2010

PERKHEMAHAN MINI CAMPING

Tinggal sendirian dan menguruskan diri sediri selam 2 hari tanpa ditemani ibu bapa atau penjaga adalah salah satu pengalaman berharga buat 15 orang kanak-kanak Tabika Kemas Felcra Rompin. 
Program" Selamam di Tabika" anjuran Tabika Perpaduan  Tanah Panjis Rompin bersama Rukun Tetangga Rompin dibuat dalam usaha untuk meningkatkan jati diri kanak-kanak supaya boleh terus berdikari pada usia muda. Anak-anak merupakan generasi masa hadapan yang akan meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara serta pemangkin kepada kemajuan masyarakat di masa akan datang.

Bergambar Dengan Ibubapa Selepas Pendaftaran
Pertandingan Mewarna
Mencuba Nozle Dengan Bantuan Anggota Bomba
Puan Rahayu Menyampaikan Pemenang Tempat Pertama Hadiah Mewarna
Bergambar Beramai Ramai Di Hadapan Kereta BOMBA
Selepas sahaja perasmian program berberapa acara di jalankan iaitu Pertandingan Mewarna,
Demontrasi dari Bomba dan Penyelamat Daerah Jempol. Kanak-kanak diberi peluang untuk menaiki kereta bomba.

























Sunday, February 28, 2010

PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN PETRONAS ROMPIN

Sempena Pelancaran Kad Mesra di Petronas Rompin telah menganjuran satu Pertandingan Mewarna bagi kanak-tanak tabika. Tabika ini telah menghantar peserta seramai 12 orang.Yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada kanak-kanak di Tabika ini untuk menghadapi apa jua pertandingan yang mereka akan menyertai di masa-masa yang mendatang.

Tekun Mendengar Taklimat Dari Urusetia


Pertanding Mewarna
 Beberapa acara yang disediakan oleh Pihak Petronas :-

Seni Mempertahanan Diri
Tabika Kemas Felcra Rompin Mendapat Tempat Ke 2 Dalam Pertandingan Mewarna


Cabutan Nama Bertuah Kategori Kanak-Kanak Tabika
Persembahan Tarian Singa
Kanak - Kanak Tabika Kemas Felcra Rompin









SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KEMAS PERINGKAT PARLIMEN JEMPOL

Program Sambutan Maulidur Rasul ini melibatkan seluruh Tabika di dalam Parlimen Jempol. Tabika Kemas Felcra Rompin tidak melepaskan peluang untuk turut menyertai perarakan ini.Kanak-kanak ini diiringi oleh Guru serta ibubapa yang berkumpul di Pejabat Kemas Batu Kikir pada pukul 7.30 pagi.
KONTIGEN TABIKA KEMAS DUN JERAM PADANG



Pada Program ini YB. Dato Haji Lillah Bin Hj. Yassin,Tuan Pegawai Daerah Jempol, Pengarah KEMAS Negeri Sembilan serta pemimpin tempatan turut hadir bagi menyertai perarakan.



Friday, February 26, 2010

SAMBUTAN MALIDUR RASUL

Sempena sambutan Maulidur Rasul Tabika Kemas Felcra Rompin tidak ketinggalan menyertai Perakan yang dianjurkan oleh Masjid Kariah Felcra Rompin. 
Sesi Bergambar Semula Perarakan Bermula

Perarakan ini turut disertai oleh Ajk Tabika serta ibubapa yang sama-sama berarak sejauh 3 kilometer disamping itu juga Ajk Tabika serta ibubapa memastikan keselamatan kanak-kanak selamat sepanjang perarakan ini.
AJK Membantu Menyusun Kedudukan Kanak-Kanak
Perarakan melalui jalan blok A
Di samping perakan ini kanak-kanak tabika terlibat didalam acara persembahan sebelum acara Ceramah Sempena Maulidur Rasul dimana ceramah undangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.
Persembahan Nasyid Oleh Kanak-kanak Tabika
Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul ini memberi ruang kepada kanak-kanak Tabika untuk membuat persembahan di hadapan tetamu dan ibubapa.