Tabika Felcra Rompin mengambil langkah yang proaktif dengan mengadakan program yang dinamakan Pesta Dodol yang bertujuan untuk mempertahankan martabat makanan Tradisional. Disamping itu juga bagi memperkenalkan makanan Tradisonal ini kepada generasi muda serta cara-cara membuatnya.
![]() |
Bergotong-royong |
Di Samping itu juga dapat mengeratkan lagi perpaduan umah dikalangan Ibubapa dengan Ahli Jawatankuasa Tabika Felcra Rompin. Program ini mendapat sambutan yang menggalakan dari ibubapa dan isyallah jika ada rezeki tahun hadapan Tabika ini akan melaksanakan lagi program seumpana ini.
![]() |
AJK Tabika Bersama Ibubapa |
Di samping itu juga Ahli Jawatankuasa Tabika telah bersetuju menyediakan ketupat dan rendang ayam sebagai juadah makan malam semua ini dilakukan secara gotong-royong.
![]() |
Ajk Yang Dipertanggungjawapkan Menganyam/Merebus Ketupat |
Oleh kerana program ini merupakan program yang julong-julong kali diadakan oleh Tabika Kemas di dalam Daerah jempol telah menarik perhatian berapa orang Pegawai Perhubungan DUN Jeram Padang iaitu ( Puan Norzila Binti Basiran) dan Pegawai Pra Sekolah (Puan Nora Asmah Binti ismail) untuk turut hadir di Program ini.
Di samping itu satu program telah disusun iaitu pertandingan Karaoke khas untuk AJK Tabika dan terbuka kepada semua penduduk Felcra Rompin yang akan diadakan pada sebelah malam.
![]() | |
En.Nyalas Mendendangkan Beberapa Lagu |
Pada jamuan yang diadakan pada sebelah malam Cikgu Haryani Johari turut mendendangkan beberapa buah lagu
![]() |
Bakat Terpendam |
Di akhir majlis Cikgu Haryani Binti Johari menyampaikan bungkusan berupa dodol kepada en. Mohd Rais dan para hadir pada malam tersebut.
![]() |
Menyampaikan Dodol Kepada En. Mohd Rais (Nazir Masjid Felcra) |
Harapan Guru Tabika (Haryani Bt Johari) program seumpama ini dapat akan diteruskan pada tahun hadapan. Dan di kesempantan ini beliau ingin mengucapkan terima kasih akepada semua AJK Tabika atas sokongan yang padu terhadap program yang telah dilaksanakan dan akhir sekali beliau mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment