Pages

Thursday, November 11, 2010

HARI KONVOKESYEN TABIKA KEMAS FELCRA

Pada Majlis Konvokesyen kanak-kanak Tabika Kemas Kampung Felcra Rompin turut dihadiri oleh tetamu khas yang sempat hadir ialah :- Ketua Kampung Felcra Rompin, Pengerusi KRT, Penyelia Kanan Kemas Daerah Jempol, Pengawai Perhubungan DUN Jeram Padang, Pemaju Masyarakat Tabika Kemas,Pengerusi Tabika KEMAS Kg. Sri Rompin, Pegawai JASA dan Wakil daripada Bank Rakyat Cawangan Bahau serta AJK Tabika dan penduduk kampung Felcra Rompin.
YB.DATO V.S MOGAN MENYAMPAIKAN UCAPAN

 PARA TETAMU 
Majlis Perasmian konvokesyen ini telah disempurnakan oleh YB.Dato V.S Mogan ADUN Jeram Padang dan di dalam ucapan beliau merasa bangga dengan pencapaian dikalangan murid Tabika ini kerana banyak aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pada tahun ini.

SEKSA SEHARI DI TABIKA
PERSEMBAHAN TARIAN PAYUNG
PERSEMBAHAN GERAK IRAMA
Acara yang diadakan pada majlis ini ialah Sektsa,Gerak Irama dan Tarian Payung. Ramai para hadirin terpegun melihat persembahan ini terutama tarian payung kerana ramai ibubapa dan tetamu tidak menjangkan bahawa kanak-kanak ini boleh membuat persembahan yang begitu menarik sekali. 
Pada majlis ini beberapa Anugerah yang telah di teliti dan diperhalusi bagi memilih pemenang anugerah mengikut tahap pembelanjaran kanak-kanak dari umur 4 hingga 6 tahun.
ANUGERAH KATEGORI KREATIVITI
ANUGERAH KEDATANGAN PENUH

Anugerah seterusnya adalah penyampaian anugerah kepada anak serta ibubapa.Di mana idea ini tercetus daripada Cikgu Haryani dimana beliau telah terfikir bahawa kecemerlangan kanak-kanak bukan terletak di tangan guru sahaja tetapi ibubapa juga memain peranan ketika dirumah.Oleh demikian satu kejutan dimana ibubapa juga akan menerima Sijil Penghargaan dan Hadiah kepada ibubapa yang anak mereka terpilih menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Mengikut Kategori.
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KATEGORI MATEMATIK

IBU TURUT MENERIMA PENGHARGAAN
AYU ANNE SAFICA PELAJAR CEMERLANG KESELURUHAN BAGI TAHUN 2010





En.Arman Bin Noor selaku pengerusi Tabika Felcra Rompin menyampaikan cenderahati kepada YB. Dato V.S Mogan kerana sudi hadir dan juga sumbangan dan sokongan yang telah diberikan selama ini.
TERIMA KASIH DAUN KELADI KALAU ADA PERUNTUKAN HULURLAH LAGI

SEKIAN. TERIMA KASIH



No comments:

Post a Comment